Monday, September 14, 2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020

 


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah MelayuSabahSarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


*****

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang dibaca beliau:


Pemasyhuran Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.

Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah MelayuUnited KingdomBorneo UtaraSarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri JohorNegeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri SelangorNegeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktamad di dalamnya;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;

Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;

Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengisytihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

*****

Maha Mas Medic Services Sdn Bhd dan seluruh kakitangannya mengucapkan Selamat Menyambut HARI MALAYSIA 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga negara kita akan terus kekal aman damai dan menjadi tanah tumpah darah kita yang bertuah. Marilah kita sama-sama menjaga prinsip RUKUN NEGARA dan hidup dengan penuh adab dan budaya, saling hormat menghormati, dan menjalani tanggung jawab sosial kita dalam hidup bermasyarakat di sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama. Malaysia adalah contoh terbaik sebuah negara yang harmoni dan disegani kawan dan lawan. 

Kita sangat bersyukur dan berbangga menjadi rakyat MALAYSIA.


@@@

CARA MANDI YANG BETUL


MANDI

Elakkan amal mandian songsang. Kerana boleh pengsan.
Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain?
Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.
Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Logiknya 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.
Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas, dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi untuk manfaat bersama.

Friday, June 26, 2020

10 KUNCI



KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG
 
1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN

Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN

Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

@@@

MAHAMAS BUSINESS PROFILE



Maha Mas Medic Services Sdn Bhd (MAHAMAS) is the largest in private ambulance service provider in Malaysia. Founded in 2004 with one ambulance, we have grown to 25 units as the demand for our service grew, becoming a leader in this industry. The year 2020 marked our 16th anniversary in the business. We have a broad range of services that can be tailored to suit customers' needs with nationwide coverage and proud to accommodate these noble causes to the society with our dedicated call center, ever ready operation workforce, and supported by a strong administration team. We have re-branding the ambulances and uniforms with our corporate identity of red in color, to spear us to work harder and strive for the best.


We provide a full range of ambulance based services including local and international medical transfer, as well as event standby service. We specialized in the on-site ambulance and medical standby for high-risk industry including construction and oil & gas. Our staff has undergone relevant courses that qualify them to work in such places. We offer rental and sales for selected pre-hospital care equipment as well as courses in first aid, health, and safety training for work, or first aid for everyday life. We also provide consultancy services for ambulance based services.


Our entrusted clients are from various government ministries and agencies, corporate sectors, MNC’s, GLC’s, and private medical centers, such as Youth And Sports Ministry, Health Ministry, Education  Ministry, Bank Negara Malaysia, Sepang International Circuit, Astro Production Sdn Bhd, Media Prima Berhad, Sepang International Circuit Sdn Bhd, Bank Negara Berhad, Malaysian Airports Holdings Berhad, Desaru Development Holdings, Radifleet Sdn Bhd, Columbia Asia Hospitals, NXP Semiconductors, and KPJ Healthcare Berhad.

We have received various awards and recognition including Gold Award in the 8th MOSPHA OSH National Awards,  and SME Entrepreneurs Business Awards 2019 as the Most Recognized SME Private Ambulance Services. We are also very proud of being certified ISO 9001:2008 for five conservative years, the only one in the industry. As part of our CSR, we have tendered our services to a few charity groups, NGOs, religious institutions, and some major events with national interest such as a bronze sponsor for the 2017 Sea Games. We are proud of our achievements so far, nevertheless, we will not stop striving for better.


Moving forward, we want to keep growing dynamically to serve the needs and demands of our society. The vision for our 20th anniversary is to transform ambulance services into a cashless system, expand our fleet for extensive nationwide coverage with a visible presence in all states, and implementing an integrated online booking system. We wish to penetrate into the government sector with an outsourcing model for their ambulance services. We will collaborate with strategic partners to accommodate the Medical Card market. Finally, we want to establish our very own Medical Centre. Our mission along the way is to be a trusted and reliable partner in pre-hospital and ambulance service for all. 

For further info kindly call our Toll-Free Hotline: 1-300-888-999.

@@@

Thursday, June 25, 2020

JAWATAN KOSONG - PEMANDU AMBULAN

JAWATAN:
Pemandu Ambulan

DISKRIPSI JAWATAN:
Anda bertanggungjawab untuk memandu, menjaga dan menguruskan Ambulan dari segi kekemasan, kebersihan dan juga memastikan kelengkapan sentiasa lengkap dan teratur, dan anda juga dikehendaki menjaga pesakit yang dibawa mengunakan kenderaan Ambulans, menjadi wakil untuk menerima wang bayaran perkhidmatan bagi pihak syarikat dan menyerahkan kepada syarikat, serta lain-lain tugasan yang diamanahkan kepada anda.

SKOP TUGASAN:
1. Dikehendaki berada ditempat bertugas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa bertugas shif dengan pakaian seragam Syarikat yang telah ditetapkan
2. Memastikan setiap peralatan dan kelengkapan medikal siap sedia untuk digunapakai.
3. Bertindak dengan serta merta apabila mendapat panggilan kecemasan dan sampai di tempat kejadian dalam masa yang terpantas dengan tidak membelakangi aspek keselamatan diri sendiri dan pesakit yang dibawa.
4. Sentiasa berada dengan kenderaan ambulans dalam semua kes kecemasan terutama kes sakit jantung, kemalangan kecil atau besar serta menguruskan pesakit atau mangsa kemalangan mengikut peraturan pertolongan cemas yang telah ditetapkan .
5. Bertanggungjawab terhadap keselamatan ambulans semua kelengkapan kenderaan, First Aid Kits dan kelengkapan pertolongan cemas yang ditempat di dalam ambulans yang digunakan sentiasa berada didalam keadaan bersih, boleh digunakan serta cukup sepertimana yang disenaraikan di dalam borang serah menyerah tugas.
6. Melaporkan kepada Pegawai Pusat Panggilan (CC) dengan segera jika kenderaan ambulans terlibat dalam kemalangan atau rosak semasa dalam perjalanan mengambil pesakit atau dalam perjalanan membawa pesakit. Sediakan laporan kerosakan / sediakan laporan kemalangan / membuat laporan Polis bagi setiap kemalangan yang berlaku dalam tempoh 24 jam.
7. Dikehendaki hadir bertugas semasa kelepasan tugas shif jika pihak pengurusan memerlukan perkhidmatan.
8. Dikehendaki membuat tugas Standby pada masa kelepasan tugas jika perlu.


KELAYAKAN & PENGALAMAN:
Pemegang Diploma/STPM/SPM
Dapat berbahasa Inggeris/Mandarin/Tamil adalah satu kelebihan
Mempunyai latarbelakang medik/hospital/kecemasan dialu-alukan
Skil komunikasi yang baik
Berpewatakan ceria dan positif
Dapat menjalani tugasan dengan supervision yang minima
Tiada rekod kemalangan atau rekod jenayah
Bekas anggota badan beruniform adalah di alu-alukan.

Gaji Asas:
RM1,300 - RM1,500

Sila Hubungi:
Puan Nadila (Bhg HR): 03-60218488 / 018-2432080
Email: mahamasmedic@gmail.com


JAWATAN KOSONG - PEMBANTU PERUBATAN AMBULAN

JAWATAN:
Pembantu Perubatan (Medical Assistant)

KELAYAKAN & PENGALAMAN:
Taraf Jawatan: Sepenuh Masa (Full-time)
Pemegang Diploma Pembantu Perubatan/Nursing/Paramedic & APC yang SAH
Mempunyai lesen memandu B2 & D, adalah satu kelebihan
Fresh graduate atau calon yang ada pengalaman kerja dialu-alukan
Kategori Kerja: Medical/Health
Jenis Kerja: Non-Executive
Keperluan Bahasa: Bahasa Malaysia, English
Warganegara: Malaysia
Had umur: 22 - 42 tahun

BENEFIT: 
Gaji Asas: RM1,300 - RM1,500
Kelayakan untuk kerja lebih masa (overtime)
Kelayakan elaun disediakan
Pakaian seragam disediakan.
Asrama disediakan bagi yang memerlukan.
Bayaran Socso dan EPF disediakan.

KETERANGAN KERJA:
> Bertugas sebagai kakitangan medikal ambulans untuk sebarang jenis kes dan acara tunggu sedia ('Standby').
> Menyediakan laporan pesakit untuk kes-kes yang dikendalikan dan menyerahkan kepada kakitangan hospital semasa kes diserahkan kepada hospital.
> Mencuci & mendekontaminasi ambulans dan peralatan medikal yang telah digunakan.
> Memandu ambulans jika diarahkan / diperlukan oleh syarikat.
> Boleh bekerja dengan penyeliaan yang minima
> Berdisiplin dan patuh kepada arahan penyelia
> Kemasukkan SEGERA bermula July 2020.
> Mempunyai sikap yang positif
> Calon akan ditemuduga melalui panggilan telefon
> Surat Perlepasan untuk Bertugas dimasa Perintah Kawalan Pergerakan (COVID-19)

SILA HUBUNGI:
Puan Nadila (Bhg HR): 03-60218499 / 018-2432080
Email Address: mahamasmedic@gmail.com
Company Website: www.mahamasmedic.com.my