JAWATAN:
Pemandu Ambulan
DISKRIPSI JAWATAN:
Anda bertanggungjawab untuk memandu, menjaga dan menguruskan Ambulan dari segi kekemasan, kebersihan dan juga memastikan kelengkapan sentiasa lengkap dan teratur, dan anda juga dikehendaki menjaga pesakit yang dibawa mengunakan kenderaan Ambulans, menjadi wakil untuk menerima wang bayaran perkhidmatan bagi pihak syarikat dan menyerahkan kepada syarikat, serta lain-lain tugasan yang diamanahkan kepada anda.
SKOP TUGASAN:
1. Dikehendaki berada ditempat bertugas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa bertugas shif dengan pakaian seragam Syarikat yang telah ditetapkan
2. Memastikan setiap peralatan dan kelengkapan medikal siap sedia untuk digunapakai.
3. Bertindak dengan serta merta apabila mendapat panggilan kecemasan dan sampai di tempat kejadian dalam masa yang terpantas dengan tidak membelakangi aspek keselamatan diri sendiri dan pesakit yang dibawa.
4. Sentiasa berada dengan kenderaan ambulans dalam semua kes kecemasan terutama kes sakit jantung, kemalangan kecil atau besar serta menguruskan pesakit atau mangsa kemalangan mengikut peraturan pertolongan cemas yang telah ditetapkan .
5. Bertanggungjawab terhadap keselamatan ambulans semua kelengkapan kenderaan, First Aid Kits dan kelengkapan pertolongan cemas yang ditempat di dalam ambulans yang digunakan sentiasa berada didalam keadaan bersih, boleh digunakan serta cukup sepertimana yang disenaraikan di dalam borang serah menyerah tugas.
6. Melaporkan kepada Pegawai Pusat Panggilan (CC) dengan segera jika kenderaan ambulans terlibat dalam kemalangan atau rosak semasa dalam perjalanan mengambil pesakit atau dalam perjalanan membawa pesakit. Sediakan laporan kerosakan / sediakan laporan kemalangan / membuat laporan Polis bagi setiap kemalangan yang berlaku dalam tempoh 24 jam.
7. Dikehendaki hadir bertugas semasa kelepasan tugas shif jika pihak pengurusan memerlukan perkhidmatan.
8. Dikehendaki membuat tugas Standby pada masa kelepasan tugas jika perlu.
KELAYAKAN & PENGALAMAN:
l Pemegang Diploma/STPM/SPM
l Dapat berbahasa Inggeris/Mandarin/Tamil adalah satu kelebihan
l Mempunyai latarbelakang medik/hospital/kecemasan dialu-alukan
l Skil komunikasi yang baik
l Berpewatakan ceria dan positif
l Dapat menjalani tugasan dengan supervision yang minima
l Tiada rekod kemalangan atau rekod jenayah
l Bekas anggota badan beruniform adalah di alu-alukan.
Gaji Asas:
RM1,300 - RM1,500
Sila Hubungi:
Puan Nadila (Bhg HR): 03-60218488 / 018-2432080
Email: mahamasmedic@gmail.com
No comments:
Post a Comment