Monday, November 25, 2019

CARING - RELIABLE - QUALITY SERVICE

CARING - RELIABLE - QUALITY SERVICE

SME and ENTREPRENEURS BUSINESS AWARDS 2019

Congratulations to 
MAHA MAS MEDIC SERVICES SDN BHD 
on winning 
The Most Recognised SME as Private Ambulance Services in The SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA2019)



Sunday, November 24, 2019

Maha Mas Medic Services Sdn Bhd - Pengenalan Syarikat





Mahamas Medic Services Sdn Bhd (MAHAMAS) merupakan antara syarikat perkhidmatan Ambulan swasta yang terbesar di Malaysia. Ia di tubuhkan pada tahun 2004 bermula dengan sebuah Ambulan sahaja yang seterusnya  berkembang kepada 30 buah Ambulan pada suatu masa, selari dengan permintaan untuk perkhidmatan Ambulan yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, sehinggalah MAHAMAS menjadi peneraju utama dalam industri ini. 

Tahun 2019 menandakan ulangtahun yang ke 15 kewujudan MAHAMAS. Kami terus utuh menawarkan bidang perkhidmatan yang pelbagai serta boleh diubahsuai mengikut keperluan pelanggan, meliputi seluruh negeri dalam Malaysia. Kami mempunyai pusat panggilan setempat (call center) untuk kemudahan pelanggan dengan perkhidmatan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu untuk sepanjang tahun dengan para petugas medik yang berdedikasi yang disokong oleh  pasukan pengurusan yang mantap. 

MAHAMAS juga telah melancarkan imej korporat yang baru dengan merah sebagai warna rasmi untuk menyemarakkan semua tenaga sumber manusia yang kami ada untuk terus berdaya saing dan bersemangat melakukan tugasan yang diamanahkan dengan penuh integriti dan profesyenal.

MAHAMAS juga menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan Ambulan termasuklah pemindahan medikal antarabangsa dan perkhidmatan persediaan acara (event standby). Kami juga memberi pengkhususan kepada perkhidmatan tunggu sedia ditapak industri termasuklah industri pembinaan dan minyak & gas. Kakitangan kami telah menjalani latihan dan pensijilan  yang berkaitan bagi melayakkan mereka bekerja di bidang ini. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan pre-hospital  dan menawarkan kursus pertolongan cemas, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dan kursus asas pertolongan cemas untuk kehidupan harian. Kami juga memberikan khidmat konsultansi medikal. 

Para pelanggan kami terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat, kementerian kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Bank Negara Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang, Astro Production Sdn Bhd, Media Prima Berhad, Desaru Development Holdings, Radifleet Sdn Bhd, Columbia Asia Hospital, dan KPJ Heathcare Berhad.

MAHAMAS juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah Anugerah Emas di MOSPHA 8th OSH National Awards dan SEBA 2019 Most Recognised SME in Private Ambulance Services. Kami juga memiliki pensijilan ISO 9001:2008 untuk 5 tahun berturut-turut, satu-satunya syarikat dalam industri ini. Sebagai sebahagain daripada khidmat sosial, kami juga menyumbang kepada pelbagai pertubuhan kebajikan, institusi agama, dan beberapa acara utama yang ada kepentingan negara seperti sponsor gangsa untuk Sukan SEA 2017. 

Kami agak bangga dengan pencapaian setakat ini, namun kami akan terus berjuang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Seterusnya kami akan terus berkembang secara dinamik untuk memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat. Visi bagi ulangtahun ke-20 kami ialah untuk mengubah perkhidmatan Ambulan kepada sistem bayaran tanpa tunai, membesarkan perkhidmatan kami ke seluruh negara, dan kehadiran secara fizikal di setiap negeri, dan implimintasi sistem penempahan perkhidmatan atas talian. 

Mahamas juga berazam untuk menumpukan kepada sektor kerajaan melalui strategi model penyumberluaran (outsourcing) bagi perkhidmatan Ambulan mereka. Kami juga berhajat untuk bekerjasama dengan rakan stretegik bagi memenuhi pasaran kad medikal. Akhir sekali MAHAMAS bercita-cita untuk mewujudkan Pusat Perubatan sendiri. Misi ke hadapan ialah untuk menjadi rakan bisnes yang dipercayai dalam bidang perkhidmatan Ambulan dan pra hospital.


@@@

Feel free to contact us for your Ambulance Services related needs:

Maha Mas Medic Services Sdn Bhd
No 1-1, Jalan adenium 2G/6
Bukit Beruntung
48300 Rawang
SELANGOR.

Hotline: 1 300 888 999
Tel No: 03-60218499, 60217499, 60216499
Website: www.mahamasmedic.com.my
Email: mahamasmedic@gmail.com

---